Kehidupan peribadi Yuna (penyanyi)

Yuna dibesarkan sebagai seorang Muslim yang taat.[40] Gayanya adalah antitesis terhadap fesyen dalam arena muzik R&B dan pop di Amerika, di mana pakaian dan faktor seks yang sering dipamerkan sering dianggap sebagai de rigueur. Beliau tetap berpegang teguh pada kepercayaan agamanya dengan berpakaian sederhana; rambut sentiasa dibalut dengan tudung; almari pakaian bergaya yang melindunginya dari paras leher ke bawah; melakukan yang terbaik untuk memastikan auratnya dilindungi mengikut undang-undang Islam. Yuna berkata, "Ketika saya mula bermain muzik, saya mula memakai tudung dan, seperti biasa, orang akan mengharapkan anda berubah, melemparkan bahagian kehidupan anda supaya anda dapat menjadi bintang pop. Tetapi saya hanya mahu membuat muzik, tidak semestinya menjadi bintang pop dan sentiasa ada orang yang tidak semestinya bersetuju dengan apa yang saya lakukan sekarang... Tetapi saya sangat gembira. Saya seorang Muslim, saya tidak cuba menyembunyikannya, saya juga seorang gadis yang suka muzik dan saya tidak cuba untuk menyembunyikannya juga."[41]

Pada 5 Ogos 2017, Yuna melangsungkan pertunangannya dengan pengarah set rakaman untuk iklan TV, Adam Sinclair yang merupakan adik kepada pelakon dan pengacara, Ashraf Sinclair dan Aishah Sinclair di kediaman keluarganya di Shah Alam, Selangor.[42] Majlis pertunangan pasangan itu hanya dihadiri keluarga terdekat dan rakan karib, upacara merisik diadakan pada 27 Mac 2017.[42][43] Beliau sebelum ini juga pernah menjalin hubungan cinta dengan pemuzik dan pengacara, Qi Razali sekitar 2009 hingga 2012.[44]

Pada 26 Januari 2018, Yuna dan tunangnya, Adam Sinclair melangsungkan perkahwinan di majlis pernikahan yang berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.[45][46] Majlis perkahwinan pasangan mempelai ini dihadiri oleh 300 tetamu termasuk keluarga dan rakan-rakan terdekat dari Malaysia dan Amerika Syarikat.[47][48] Media melaporkan bahawa Yuna akan meneruskan kerjayanya di Amerika Syarikat selepas perkahwinannya.[49][50]

Pada Mac 2018, Yuna dilaporkan telah menjadi mangsa gangguan seksual di media sosial. Menerusi kenyataan di laman Twitter rasminya, Yuna mendedahkan pelaku tersebut telah menghantar komen yang jijik di laman Instagramnya.[51][52][53]

Rujukan

WikiPedia: Yuna (penyanyi) http://www.billboard.biz/bbbiz/industry/record-lab... http://eng.mynewshub.cc/2015/03/17/8-most-educated... http://www.allmusic.com/artist/yuna-zarai-p2313187 http://www.astroawani.com/berita-hiburan/dah-80-pe... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/kl-world-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/kreativit... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/yuna-dan-... http://www.billboard.com/articles/events/year-in-m... http://www.billboard.com/artist/431716/yuna/chart http://iamjetfuelshop.blogspot.com